MUHAMMAD RADHI BIN ZAKARIA(25DNS15F1121)
MOHD BADRUL AMIN BIN RAHIMI(25DNS15F1112)
MUHAMMAD QAWIEM BIN NAIM(25DNS15F1109)
Penghargaan
Puji dan syukur kami panjatkan
kehadirat Allah SWT. Yang telah memberikan rahmat dan karunia-Nya. Serta
sholawat beserta salam semoga selaluterlimpahkan kepada junjungan kita Rasulullah
SAW. Dalam tugasan ini kami membuat projek dalam bab kaedah fiqh dalam
sains teknologi dan kejuruteraan topik kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan
dan keinganan , dan kemudaratan hendaklah dihilangkan . Kaedah Fiqh adalah suatu ilmu
yang berkaitan penjelasan tentang hukum-hukum yang umum.
Pendahuluan
Qawa’id
Fiqhiyyah merupakan kaedah yang bersifat umum meliputi sejumlah masalah
fiqh dan melaluinya dapat diketahui hukum masalah fiqh yang berada dalam
lingkupnya. qawaid fiqhiyyah secara langsungnya didasarkan dan
disandarkan kepada dalil-dalil dari al-Qur’an dan Sunnah dapat dijadikan
sebagai dalil dalam menetapkan hukum. Kaedah fekah iaitu kaedah-kaaedah yang
bersifat umum, yang mengelompokkan masalah-masalah fekah secara terperinci
menjadi beberapa kelompok, juga merupakan pedoman yang memudahkan penyimpulan
hukum bagi suatu masalah, iaitu dengan cara menggolongkan masalah-masalah yang
serupa dibawah satu kaedah.
Berhubung hukum feqah lapangannya luas,
meliputi berbagai peraturan dalam kehidupan yang menyangkut hubungan manusia
dengan Tuhannya, dan hubungan manusia dengan sesama manusia. Qawa’id
fiqhiyyah ialah kaedah fekah dalam undang-undang Islam yang menjadi
asas untuk memahami dan mengembangkan fekah Islamtentang kaedah-kaedah hukum.
Ia berlaku setelah kewafatan Nabi dan segala hukum tidak ada pembatalan lagi.
Tetapi ia memerlukan jalan-jalan hukum yang berbentuk fleksibel untuk membuka
peluang manusia menggunakan akal yang berpandukan nas dalam berijtihad.
TUJUAN MUSYAQQAH
Pada dasarnya kaedah: Kesukaran membawa kemudahan
mempunyai tujuan tertenu dan dengan memenuhi syarat tertentu iaitu:
A.
Mushaqqah atau Kesukaran yang mendatangkan kesenangan atau keringanan ialah yang terkeluar daripada garis kesusahan biasa seperti tugas-tugas yang dibebankan itu amat berat untuk dilaksanakan. Sehingga boleh membawa kepada kemudharatan kepada diri atau harta benda, jadi kesusahan atau kesukaran seperti ini boleh membawa kepada keringanan seperti puasa orang yang sakit boleh membawa kepada bahaya, maka syara' memberi kemudahan kepada pesakit untuk meninggalkannya tetapi ia wajib mengqhadakannya.
Mushaqqah atau Kesukaran yang mendatangkan kesenangan atau keringanan ialah yang terkeluar daripada garis kesusahan biasa seperti tugas-tugas yang dibebankan itu amat berat untuk dilaksanakan. Sehingga boleh membawa kepada kemudharatan kepada diri atau harta benda, jadi kesusahan atau kesukaran seperti ini boleh membawa kepada keringanan seperti puasa orang yang sakit boleh membawa kepada bahaya, maka syara' memberi kemudahan kepada pesakit untuk meninggalkannya tetapi ia wajib mengqhadakannya.
B.
Adapun mushaqqah atau kesusahan biasa yang tidak boleh dijadikan sebab bagi keringanan atau rukhsah . Iaitu kesusahan yang tidak membawa kemudaratan kepada diri dan jiwa. Contohnya berpuasa pada musim panas dan cuaca panas terik sepanjang hari, tidak boleh menjadi sebab digugurkan taklif atau mengambil rukhsah.
Adapun mushaqqah atau kesusahan biasa yang tidak boleh dijadikan sebab bagi keringanan atau rukhsah . Iaitu kesusahan yang tidak membawa kemudaratan kepada diri dan jiwa. Contohnya berpuasa pada musim panas dan cuaca panas terik sepanjang hari, tidak boleh menjadi sebab digugurkan taklif atau mengambil rukhsah.
SEBAB-SEBAB RUKHSAH
Menurut penelitian ulama’, terdapat beberapa sebab
kesusahan yang dapat memberi keringanan terhadap perlaksanaan hukum syarak.
Antara sebab atau rukhsah dalam melakukan ibadat dan lainnya terbahagi kepada
tujuh perkara:
Pertama: Musafir atau mengembara, maka hukum
syara' mengharuskan qhasar sembahayang, meninggalkan puasa, menyapu khuf lebih
daripada kadar sehari semalam dan menggugurkan fardu Jumaat.
Kedua: Penyakit, syara' telah memperuntukkan
hukum rukhsah terhadap pesakit, antaranya: syara' telah mengharuskan ia
bertayammum jika dikhuatiri penyakit itu semakin melarat atau bertambah sakit
yang mungkin boleh membawa kepada kemudharatan atau mati anggota badan, dan
diharuskan kepadanya duduk atau berbaring semasa menunaikan sembahyang atau
rukuk dan sujud secara isyarat. Begitu juga bagi orang yang beriktikf
diharuskan ia keluar dari masjid dan menggantikan orang lain untuk mengerjakan
ibadat haji, dan diharuskan berubat dengan menggunakan najis dan harus doktor
melihat aurat pesakit semasa ia membuat rawatan dan pemeriksaan.
Ketiga: Paksaan, orang yang dipaksa dandiugut
dengan sesuatu tindakakn yang boleh mengancam nyawa atau anggota badan seperti
dipaksa supaya melafazkan perkataan kufur maka harus ia berlafaz dengannya,
akan tetapi iman di hatinya tetap teguh kepada Allah.
Keempat: Terlupa,menjadi sesuatu sebab bagi hukum
keringanan. Seperti mereka yang mati atau minum secara terlupa tidaklah
membatalkan puasa.
Kelima: Kejahilan, juga termasuk di dalam
keuzuran yang membawa kepada keringanan seperti seorang yang tidak tahu rakan
kongsinya telah menjual sebahagian rumah yang ia miliki secara berkongsi maka
syarak membenarkannya hukum syuf'ah di antara mereka berdua.
Keenam: Umum al-Balwa (kesukaran dalam
perkara) juga termasuk di dalam sebab-sebab bagi keringanan seperti
seseorang yang terkena penyakit dedas iaitu suatu penyakit yang mana pesakitnya
selalu terkeluar air kencingnya, oleh itu dimaafkan ia sembahyang di dalam
keadaan najis, begitu juga tahi burung yang meratai di dalam masjid dan di
tempat-tempat tawaf, debu-debu jalan dan lain-lain lagi.
Ketujuh: Kekurangan, juga termasuk didalam kaedah
ini seperti tidak dibebankan ke atas kanak-kanak(taklif) dan orang gila. Kaum
perempuan tidak diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang Jumaat, jihad dan
diharuskan kepadanya memakai pakaian daripada sutera dan emas.
DALIL MENGENAI KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDAHAN DAN
KERINGANAN
Antara
sandaran daripada al-Quran sebagaimana firmanNya:
وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ
الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ
Maksudnya:
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama
dengan anaknya
Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu.
Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu.
HURAIAN DALIL DARIPADA AL- QURAN mengenai kaedah fiqh kesukaran menjadi sebab kepada
keringanan.
Nabi
Ibrahim Al-Khalil a.s telah pergi ke Mekah untuk menunaikan perintah Allah
s.w.t supaya membina Baitullah (Kaabah).
Beliau
berkata kepada anaknya Ismail a.s: Sesungguhnya Allah telah memerintahkan
aku
dengan
satu perkara, lalu Nabi Ismail a.s berkata: Lakukanlah apa yang telah
diperintahkan
Allah kepada kamu. Nabi Ibrahim a.s bertanya: Adakah kamu akan menolongku? Nabi
Ismail a.s menjawab:
Aku
akan menolongmu, lalu beliau berkata:Sesungguhnya Allah memerintahkan aku
supaya membina sebuah rumah (Kaabah) di sana, sambil mengisyaratkan ke arah
timbunan tanah yang lebih tinggi dari kawasan sekitarnya.
Mereka
berdua mendirikan tapak asas Baitullah di kawasan tersebut, dimana Nabi Ismail
a.s mengangkut ketulan-ketulan batu manakala Nabi Ibrahim a.s membinanya.
Apabila
binaan tersebut telah tinggi, Nabi Ismail a.s membawa sebuah batu dan
meletakkannya di samping Nabi Ibrahim a.s. Beliau berdiri di atas batu tersebut
semasa meneruskan pembinaan manakala Nabi Ismail a.s menghulurkan ketulan batu
BERDASARKAN DALIL AL-SUNNAH
Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak membangkitkan aku menyusahkan dan membawa kesusahan, tetapi mengutusku sebagai pembimbing
yang mempermudahkan." (Riwayat Aisyah r.ha.)
HURAIAN DALIL BERDASARKAN AL-SUNNAH DI ATAS
Hadis tersebut menjelaskan ketinggian agama Islam, perundangannya yang mudah dan Allah S.W.T telah menghilangkan kesusahan daripada umat ini. Hadis menunjukkan kebimbangan Rasulullah S.A.W jika berlaku kersukaran ke atas umatnya.
5 CONTOH APLIKASI KAEDAH FIQH DALAM BIDANG PELANCONGAN DAN HOSPITALITI
1.
Seseorang
yang melancong ke sesuatu tempat dengan niat yang baik dibenarkan untuk
melaksanakan solat jamak dan qasar kerana bersama musafir tersebut adanya
kesukaran.
2.
Musafir
juga dibenarkan untuk berbuka puasa dan mengantikannya pada hari yang lain.
3.
Keharusan
meninggalkan solat Jumaat bagi orang bermusafir dengan syarat tertentu.
4.
Musafir
yang pergi melancong ke negara lain diharuskan untuk makan di kedai makan orang
islam walaupun tidak melambangkan logo halal.
5.
Musafir
yang tinggal di hotel negara lain diharuskan untuk melakukan solat walaupun
tiada petunjuk arah kiblat dengan menyakini solat diterima Allah S.W.T.
الضَّرَرُ يُزَالُ
KEMUDHARATAN HENDAKLAH DIHILANGKAN
´ Kaedah ini membawa pengertian bahawa kemudaratan itu harus
dihilangkan dengan makna kemudaratan yang telah terjadi.
´ Apabila keadaan demikian berlaku maka ia wajib dihilangkan.
´ Kaedah ini juga membawa maksud sesuatu yang boleh mendatangkan
bahaya mestilah dihapuskan dan perkara yang merbahaya itu juga hendaklah
dihilangkan sama.
DALIL ASAS
" لاَضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ
"
Maksudnya: “Tidak ada kemudaratan
dan tidak memudaratkan.”
´ Justeru itu, tidak boleh sama sekali melakukan kerosakan dan
kemudaratan terhadap diri sendiri, lebih-lebih lagi terhadap orang lain.
´ Lantaran itulah dalam keadaan tersebut, ia wajib dihindarkan sama
ada kemudaratan tersebut berkait dengan hak umum atau pun khusus.
´ Sebagai rumusannya, seseorang insan itu tidak boleh sama sekali
melakukan kemudaratan terhadap saudaranya dari sudut permulaan dan tidak boleh
pada bahagiannya.
´ Hal ini kerana dengan kemudaratan itu membawa erti menyertakan
kerosakan kepada orang lain.
´ Oleh itu, jumhur ulama’ menetapkan bahawa segala yang boleh
memudaratkan kaum Muslim adalah wajib dijauhi.
´ Selaras dengan kata-kata Imam al-Shatibi yang mengatakan bahawa
sesungguhnya syariat itu diasaskan untuk membawa kemaslahatan kepada manusia.
Pecahan 1
الضرر لا يزال بااضرار
“Kemudharatan tidak boleh
dihilangkan dengan kemudharatan”
´ Kaedah ini bermaksud, biarpun kemudaratan itu mesti dihilangkan,
namun bukanlah dengan cara menimbulkan bahaya seperti itu juga. Apatah lagi
jika lahir bahaya yang lebih besar.
´ Justeru, melalui kaedah ini, kemudaratan itu tidak boleh sama
sekali dihilangkan dengan kemudaratan juga.
´ Hal ini kerana seandainya ia diharuskan, sudah tentulah ia
bertentangan dengan kaedah asas iaitu
(الضرر يزال) .
´ Justeru, kaedah pecahan tersebut telah membataskan kaedah asas
sebelumnya.
´ Kerana jika semua itu berlaku, tidak ada makna, bahkan menambahkan
masalah yang lebih besar.
Hukum-hukum furu’ yang lahir
daripada kaedah ini ialah :
´ Tidak boleh seseorang yang dalam kelaparan mengambil makanan orang
lain yang juga akan mati kebuluran sekiranya makananya diambil.
´ Doktor tidak boleh mengambil darah seseorang untuk ditambah kepada
pesakit yang memerlukan darah, jika darah yang diambil menyebabkan pula orang
itu tenat atau membawa kepada kematian.
´ Seseorang itu tidak boleh memotong jari tambahannya yang ada jika
dibimbangi memudaratkannya.
Pecahan 2
الضرر الأشد يزال بالضرار الأخف
“Kemudaratan yang lebih berat
dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih ringan”
´ Kaedah ini mempunyai kaitan dengan kaedah yang sebelumnya yang mana
membawa maksud apabila terdapat dua kemudaratan dalam satu masa secara
serentak, penyelesaiannya adalah kemudaratan yang lebih berat seharusnya
dihilangkan dengan dikerjakan kemudaratan yang lebih ringan.
´ Dalam keadaan lain, kaedah ini bermaksud sekiranya terdapat dua
kemudaratan, atau apabila bertentangan antara dua kemudaratan, hendaklah
diperhatikan mana yang lebih besar bahaya.
´ Iaitu dengan dilaksanakan yang lebih kecil bahayanya dan
dihindarkan yang lebih besar kemudaratannya.
Hukum-hukum furu’ yang
lahir daripada kaedah ini ialah :
´ Adanya hukum hudud untuk membendung kemudaratan yang lebih besar.
´ Membedah perut wanita yang mati dalam keadaan mengandung, jika
dengan cara itu bayi dalam kandungannya itu dapat diselamatkan.
´ Seseorang boleh mendiamkan diri dan mencegah di dalam hati sahaja
sebarang kemungkaran yang berlaku, sekiranya jika ditegah secara terang-terang
bimbang akan membahayakannya.
´ Seseorang yang tiada pakaian menutup aurat untuk sembahyang, boleh
sembahyang dengan pakaian sekadar yang termampu.
Pecahan 3
درء المفاسد مقدّم على جلب المصالح
“Menolak kerosakan didahulukan
daripada mengambil kemaslahatan”
´ Kaedah ini memberi maksud, apabila bertembung antara perkara yang
membawa kemaslahatan dan perkara yang membawa kepada kemudaratan,
pelaksanaannya hendaklah diarahkan kepada mencegah kemudaratan.
´ Oleh itu, usaha mencegah kerosakan lebih diutamakan daripada usaha
untuk mendapat kebaikan yang sedikit.
´ Hal ini kerana dibimbangi kerosakan tersebut akan merebak hinggalah
menyebabkan lahirnya kemudaratan yang lebih besar.
´ Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang arak
dan judi. Katakanlah : Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan
beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari
manfaatnya.
Hukum-hukum furu’ yang lahir
daripada kaedah ini ialah :
´ Menghapuskan iklan rokok untuk mencegah tabiat merokok yang lebih
besar bahayanya adalah lebih baik daripada mendapat bayaran iklan yang sedikit.
´ Berbohong asalnya diharamkan, namun ia diharuskan jika untuk
membawa kemaslahatan seperti mendamaikan dua pihak yang bertelagah.
´ Menyedut air ke dalam hidung sunat pada asalnya, namun bagi orang
yang berpuasa adalah makruh kerana dibimbangi akan terbatal puasanya.
Pecahan 4
يتحمل الضرر الخاص لدفع الضرر العام
“Ditanggung kemudaratan berbentuk
khas untuk menolak kemudaratan berbentuk am”
´ Kaedah ini ditinjau dari sudut keumuman pengkhususan kemudaratan
dan bahaya.
´ Berdasarkan kaedah ini, sesuatu masalah terpaksa dihadapi dengan
mendatangkan sesuatu kemudaratan yang mana pada waktu itu hendaklah ditempuhi
kemudaratan khusus bagi menghindarkan kemudaratan yang lebih umum.
´ Hal ini kerana bahaya kemudaratan yang berbentuk khusus adalah
kurang jika di bandingkan dengan kemudaratan yang berbentuk umum.
Hukum-hukum furu’ yang lahir
daripada kaedah ini ialah :
´ Ditegah doktor yang gila untuk mengubati pesakit dan hendaklah
diletakkan di bawah kawalan dan penjagaan rapi.
´ Harus menahan golongan-golongan tertentu yang terlibat dalam
menyebarkan fitnah dan ajaran sesat.
´ Harus menegah petani daripada menanam tanaman yang mempunyai
unsur-unsur ganja dan candu serta yang boleh dijadikan bahan penyalahgunaan
dadah, untuk memebendung bahaya dalam masyarakat.
Pecahan 5
الضرر يدفع بقدر الامكان
“Kemudaratan dibendung semungkin
yang dapat”
´ Kaedah ini berasal daripada kaedah Usuliyyah yang
berkaitan dengan skop kewajipan mencegah kemudaratan dan bahaya yang mana jika
kemudaratan itu dapat dibendung seluruhnya, maka itulah yang terbaik.
´ Namun, jika tidak termampu untuk berbuat demikian, maka lakukanlah
sekadar yang termampu.
´ Hal ini kerana taklif syarak itu dikenakan terhadap mukallaf adalah
menurut kadar kemampuannya.
´ Untuk itu, usaha untuk menyekat segala kemudaratan tersebut supaya
tidak berlaku hendaklah diusahakan.
Hukum-hukum furu’ yang lahir
daripada kaedah ini ialah :
´ Usaha Abu Bakar al-Siddiq untuk mengumpul dan membukukan al-Quran
supaya ia tidak hilang.
´ Umar al-Khattab mengambil tindakan membakar kedai arak agar tidak
timbul masalah yang lebih besar.
´ Sekiranya mungkin dapat dicegah haiwan yang memekik atau berteriak
dengan menggunakan suara atau sergahan, maka tidak perlulah menghindarkannya
dengan tangan mahupun kayu.
Pecahan 6
الضرر لا يكون قديما
“Kemudaratan yang terjadi tidak
boleh dianggap telah lama terjadi”
´ Syariat Islam tidak membezakan sedikit pun antara kemudaratan yang
lama dengan yang baru sahaja berlaku, bahkan semuanya wajib di cegah dan
dihilangkan.
´ Justeru itulah kaedah ini merupakan kaedah pelengkap kepada kaedah
asas yang sebelum ini.
´ Selain itu, walaupun syariat memaafkan dan memberi kelonggaran
terhadap berkekalan atau lama itu tidak ada sebarang kemudaratan padanya.
´ Sebaliknya, jika terdapat padanya kemudaratan, walaupun ia telah
lama berlaku, tetap wajib dihapuskan dan tidak ada beza dengan kemudaratan yang
baru berlaku.
Hukum-hukum furu’ yang lahir
daripada kaedah ini ialah :
´ Diharuskan melarang doktor yang berpenyakit sawan daripada merawat
pesakit, walaupun doktor tersebut telah mempunyai pengalaman yang lama dalam
merawat pesakit.
´ Kiranya saluran longkang rumah seseorang itu mengalir di jalan umum
dan mengganggu rang ramai, maka ia hendaklah dihapuskan walaupun telah lama
berlaku.
Penutup dan kesimpulan
Kesimpulan
yang kami peroleh daripada tugasan dibei ialah kaedah fiqh lima sememangnya
mempunyai peranan besar dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh
manusia dalam pelbagai isu yang timbul dalam masyarakat dalam apa bidang
sekalipun Qawa’id fiqhiyyah(kaedah fiqh)
ialah suatu kaedah dalam undang-undang Islam yang disusun oleh para ulama’
untuk menjadi asas untuk memahami dan mengembangkan fiqh Islam tentang
kaedah-kaedah hukum. Kalau tidak wujud kaedah ini, maka hukum-hukum fiqh akan
merupakan hukum-hukum furu’ yang terpisah-pisah dan kadang-kadang pada zahirnya
boleh menimbulkan pertentangan antara satu sama lain tanpa dasar-dasar yang
dipegang dalam pemikiran, yang menerangkan alasan-alasan konkrit, yang
menentukan arah perundangan.
Walaubagaimanapun, kaedah fiqh tidak
merangkumi semua masalah, dalam situasi tertentu kaedah fiqh ini tidak sesuai
dipakai. Justeru itu, para ulama’ mentakrifkan kaedah fiqh ini sebagai kaedah
yang bersifat majoriti atauaglabiyyah. Atas dasar itulah, para fuqaha’ tidak
mengharuskan para hakim ketika membuat penghakiman bergantung atau berpegang
sepenuhnya kepada kaedah-kaedah yang dinyatakan tanpa merujuk kepada nas lain
yang bersifat khas atau ‘am yang mencakupi kes itu, ini kerana kaedah fiqh ini
walaubagaimana bernilai dan diambil pakai dalam perlaksanaan hukum sekalipun,
ia tetap mempunyai masalah-masalah yang dikecualikan.
Dalam erti kata lain, kaedah fiqh ini
mestilah disokong dengan nas-nas lain bagi menentukan sesuatu perkara itu, sama
ada ia dibolehkan atau tidak. Sungguhpun kaedah fiqh ini sifatnya tidak menyeluruh,
namun ia tidak bererti akan mengurangkan nilai ilmiyahnya. Ini kerana terdapat
di dalam kaedah-kaedah itu suatu gambaran-gambaran yang menarik berkaitan
prinsip-prinsip fiqh yang umum yang membuka landasan-landasan prinsip itu
daripada segi teorinya,
Bahkan, kaedah fiqh ini memantapkan
hukum-hukum cabang yang amali dengan beberapa kaedah yang menjelaskan illah
atau sebab hukum pada setiap kelompok hukum furu’ ini. Kaedah ini juga
mengumpulkan hukum-hukum cabang di bawah satu kaedah walaupun berlainan tajuk
dan babnya.
Sebagai
kesimpulan, terdapat sebuah nukilkan perkataan Syaikh Abdur Rahman As Sa’di : “seluruh syariat Islam ini lurus dan mudah;
lurus dalam masalah tauhid yang dibangun atas dasar beribadah hanya kepada
Allah saja yang tiada sekutu bagi-Nya, serta mudah dalam hal hukum dan amal
perbuatan.” (Al Qowa’id wal Ushul Jami’ah)