Monday, 29 February 2016

FARHAN ANAS BIN AZHAR(25DNS15F1025)
MUHAMMAD RADHI BIN ZAKARIA(25DNS15F1121)
MOHD BADRUL AMIN BIN RAHIMI(25DNS15F1112)
MUHAMMAD QAWIEM BIN NAIM(25DNS15F1109)
Penghargaan


Puji dan syukur kami panjatkan kehadirat Allah SWT. Yang telah memberikan rahmat dan karunia-Nya. Serta sholawat beserta salam semoga selaluterlimpahkan kepada junjungan kita Rasulullah SAW. Dalam tugasan ini kami membuat projek dalam bab kaedah fiqh dalam sains teknologi dan kejuruteraan topik kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keinganan , dan kemudaratan hendaklah dihilangkan . Kaedah Fiqh adalah suatu ilmu yang berkaitan penjelasan tentang hukum-hukum yang umum.


Pendahuluan
Qawa’id Fiqhiyyah merupakan kaedah yang bersifat umum meliputi sejumlah masalah fiqh dan melaluinya dapat diketahui hukum masalah fiqh yang berada dalam lingkupnya. qawaid fiqhiyyah secara langsungnya didasarkan dan disandarkan kepada dalil-dalil dari al-Qur’an dan Sunnah  dapat dijadikan sebagai dalil dalam menetapkan hukum. Kaedah fekah iaitu kaedah-kaaedah yang bersifat umum, yang mengelompokkan masalah-masalah fekah secara terperinci menjadi beberapa kelompok, juga merupakan pedoman yang memudahkan penyimpulan hukum bagi suatu masalah, iaitu dengan cara menggolongkan masalah-masalah yang serupa dibawah satu kaedah.
Berhubung hukum feqah lapangannya luas, meliputi berbagai peraturan dalam kehidupan yang menyangkut hubungan manusia dengan Tuhannya, dan hubungan manusia dengan sesama manusia. Qawa’id  fiqhiyyah ialah kaedah fekah dalam undang-undang Islam yang menjadi asas untuk memahami dan mengembangkan fekah Islamtentang kaedah-kaedah hukum. Ia berlaku setelah kewafatan Nabi dan segala hukum tidak ada pembatalan lagi. Tetapi ia memerlukan jalan-jalan hukum yang berbentuk fleksibel untuk membuka peluang manusia menggunakan akal yang berpandukan nas dalam berijtihad.



TUJUAN MUSYAQQAH
Pada dasarnya kaedah: Kesukaran membawa kemudahan mempunyai tujuan tertenu dan dengan memenuhi syarat tertentu iaitu:
A. 
Mushaqqah atau Kesukaran yang mendatangkan kesenangan atau keringanan ialah yang terkeluar daripada garis kesusahan biasa seperti tugas-tugas yang dibebankan itu amat berat untuk dilaksanakan. Sehingga boleh membawa kepada kemudharatan kepada diri atau harta benda, jadi kesusahan atau kesukaran seperti ini boleh membawa kepada keringanan seperti puasa orang yang sakit boleh membawa kepada bahaya, maka syara' memberi kemudahan kepada pesakit untuk meninggalkannya tetapi ia wajib mengqhadakannya.
B. 
Adapun mushaqqah atau kesusahan biasa yang tidak boleh dijadikan sebab bagi keringanan atau rukhsah . Iaitu kesusahan yang tidak membawa kemudaratan kepada diri dan jiwa. Contohnya berpuasa pada musim panas dan cuaca panas terik sepanjang hari, tidak boleh menjadi sebab digugurkan taklif atau mengambil rukhsah.



SEBAB-SEBAB RUKHSAH
Menurut penelitian ulama’, terdapat beberapa sebab kesusahan yang dapat memberi keringanan terhadap perlaksanaan hukum syarak. Antara sebab atau rukhsah dalam melakukan ibadat dan lainnya terbahagi kepada tujuh perkara:
Pertama: Musafir atau mengembara, maka hukum syara' mengharuskan qhasar sembahayang, meninggalkan puasa, menyapu khuf lebih daripada kadar sehari semalam dan menggugurkan fardu Jumaat.
Kedua: Penyakit, syara' telah memperuntukkan hukum rukhsah terhadap pesakit, antaranya: syara' telah mengharuskan ia bertayammum jika dikhuatiri penyakit itu semakin melarat atau bertambah sakit yang mungkin boleh membawa kepada kemudharatan atau mati anggota badan, dan diharuskan kepadanya duduk atau berbaring semasa menunaikan sembahyang atau rukuk dan sujud secara isyarat. Begitu juga bagi orang yang beriktikf diharuskan ia keluar dari masjid dan menggantikan orang lain untuk mengerjakan ibadat haji, dan diharuskan berubat dengan menggunakan najis dan harus doktor melihat aurat pesakit semasa ia membuat rawatan dan pemeriksaan.
Ketiga: Paksaan, orang yang dipaksa dandiugut dengan sesuatu tindakakn yang boleh mengancam nyawa atau anggota badan seperti dipaksa supaya melafazkan perkataan kufur maka harus ia berlafaz dengannya, akan tetapi iman di hatinya tetap teguh kepada Allah.
Keempat: Terlupa,menjadi sesuatu sebab bagi hukum keringanan. Seperti mereka yang mati atau minum secara terlupa tidaklah membatalkan puasa.
Kelima: Kejahilan, juga termasuk di dalam keuzuran yang membawa kepada keringanan seperti seorang yang tidak tahu rakan kongsinya telah menjual sebahagian rumah yang ia miliki secara berkongsi maka syarak membenarkannya hukum syuf'ah di antara mereka berdua.
Keenam: Umum al-Balwa (kesukaran dalam perkara)  juga termasuk di dalam sebab-sebab bagi keringanan seperti seseorang yang terkena penyakit dedas iaitu suatu penyakit yang mana pesakitnya selalu terkeluar air kencingnya, oleh itu dimaafkan ia sembahyang di dalam keadaan najis, begitu juga tahi burung yang meratai di dalam masjid dan di tempat-tempat tawaf, debu-debu jalan dan lain-lain lagi.

Ketujuh: Kekurangan, juga termasuk didalam kaedah ini seperti tidak dibebankan ke atas kanak-kanak(taklif) dan orang gila. Kaum perempuan tidak diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang Jumaat, jihad dan diharuskan kepadanya memakai pakaian daripada sutera dan emas.



DALIL MENGENAI KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN


Antara sandaran daripada al-Quran sebagaimana firmanNya:
وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ
Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama dengan anaknya
Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu.
HURAIAN DALIL DARIPADA AL- QURAN mengenai kaedah fiqh kesukaran menjadi sebab kepada keringanan.

Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s telah pergi ke Mekah untuk menunaikan perintah Allah s.w.t supaya membina Baitullah (Kaabah). 

Beliau berkata kepada anaknya Ismail a.s: Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku 
dengan satu perkara, lalu Nabi Ismail a.s berkata: Lakukanlah apa yang telah 
diperintahkan Allah kepada kamu. Nabi Ibrahim a.s bertanya: Adakah kamu akan menolongku? Nabi Ismail a.s menjawab:
Aku akan menolongmu, lalu beliau berkata:Sesungguhnya Allah memerintahkan aku supaya membina sebuah rumah (Kaabah) di sana, sambil mengisyaratkan ke arah timbunan tanah yang lebih tinggi dari kawasan sekitarnya. 
Mereka berdua mendirikan tapak asas Baitullah di kawasan tersebut, dimana Nabi Ismail a.s mengangkut ketulan-ketulan batu manakala Nabi Ibrahim a.s membinanya.
Apabila binaan tersebut telah tinggi, Nabi Ismail a.s membawa sebuah batu dan meletakkannya di samping Nabi Ibrahim a.s. Beliau berdiri di atas batu tersebut semasa meneruskan pembinaan manakala Nabi Ismail a.s menghulurkan ketulan batu


BERDASARKAN DALIL AL-SUNNAH

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak membangkitkan aku menyusahkan dan membawa kesusahan, tetapi mengutusku sebagai pembimbing
yang mempermudahkan." (Riwayat Aisyah r.ha.)

HURAIAN DALIL BERDASARKAN AL-SUNNAH DI ATAS
Hadis tersebut menjelaskan ketinggian agama Islam, perundangannya yang mudah dan Allah S.W.T telah menghilangkan kesusahan daripada umat ini. Hadis menunjukkan kebimbangan Rasulullah S.A.W jika berlaku kersukaran ke atas umatnya.

5 CONTOH APLIKASI KAEDAH FIQH DALAM BIDANG PELANCONGAN DAN HOSPITALITI 

1.            Seseorang yang melancong ke sesuatu tempat dengan niat yang baik dibenarkan untuk melaksanakan solat jamak dan qasar kerana bersama musafir tersebut adanya kesukaran.
2.            Musafir juga dibenarkan untuk berbuka puasa dan mengantikannya pada hari yang lain.
3.            Keharusan meninggalkan solat Jumaat bagi orang bermusafir dengan syarat tertentu.
4.            Musafir yang pergi melancong ke negara lain diharuskan untuk makan di kedai makan orang islam walaupun tidak melambangkan logo halal.
5.            Musafir yang tinggal di hotel negara lain diharuskan untuk melakukan solat walaupun tiada petunjuk arah kiblat dengan menyakini solat diterima Allah S.W.T.


الضَّرَرُ يُزَالُ
KEMUDHARATAN HENDAKLAH DIHILANGKAN

´  Kaedah ini membawa pengertian bahawa kemudaratan itu harus dihilangkan dengan makna kemudaratan yang telah terjadi.
´  Apabila keadaan demikian berlaku maka ia wajib dihilangkan.
´  Kaedah ini juga membawa maksud sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya mestilah dihapuskan dan perkara yang merbahaya itu juga hendaklah dihilangkan sama.


DALIL ASAS

" لاَضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ "
Maksudnya: “Tidak ada kemudaratan dan tidak memudaratkan.”


´  Justeru itu, tidak boleh sama sekali melakukan kerosakan dan kemudaratan terhadap diri sendiri, lebih-lebih lagi terhadap orang lain.
´  Lantaran itulah dalam keadaan tersebut, ia wajib dihindarkan sama ada kemudaratan tersebut berkait dengan hak umum atau pun khusus.
´  Sebagai rumusannya, seseorang insan itu tidak boleh sama sekali melakukan kemudaratan terhadap saudaranya dari sudut permulaan dan tidak boleh pada bahagiannya.
´  Hal ini kerana dengan kemudaratan itu membawa erti menyertakan kerosakan kepada orang lain.
´  Oleh itu, jumhur ulama’ menetapkan bahawa segala yang boleh memudaratkan kaum Muslim adalah wajib dijauhi.
´  Selaras dengan kata-kata Imam al-Shatibi yang mengatakan bahawa sesungguhnya syariat itu diasaskan untuk membawa kemaslahatan kepada manusia.





Pecahan 1

 الضرر لا يزال بااضرار
“Kemudharatan tidak boleh dihilangkan dengan kemudharatan”


´  Kaedah ini bermaksud, biarpun kemudaratan itu mesti dihilangkan, namun bukanlah dengan cara menimbulkan bahaya seperti itu juga. Apatah lagi jika lahir bahaya yang lebih besar.
´  Justeru, melalui kaedah ini, kemudaratan itu tidak boleh sama sekali dihilangkan dengan kemudaratan juga.
´  Hal ini kerana seandainya ia diharuskan, sudah tentulah ia bertentangan dengan kaedah asas iaitu   (الضرر يزال) .
´  Justeru, kaedah pecahan tersebut telah membataskan kaedah asas sebelumnya.
´  Kerana jika semua itu berlaku, tidak ada makna, bahkan menambahkan masalah yang lebih besar.



Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :

´  Tidak boleh seseorang yang dalam kelaparan mengambil makanan orang lain yang juga akan mati kebuluran sekiranya makananya diambil.
´  Doktor tidak boleh mengambil darah seseorang untuk ditambah kepada pesakit yang memerlukan darah, jika darah yang diambil menyebabkan pula orang itu tenat atau membawa kepada kematian.
´  Seseorang itu tidak boleh memotong jari tambahannya yang ada jika dibimbangi memudaratkannya.







Pecahan 2

الضرر الأشد يزال بالضرار الأخف
“Kemudaratan yang lebih berat dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih ringan”


´  Kaedah ini mempunyai kaitan dengan kaedah yang sebelumnya yang mana membawa maksud apabila terdapat dua kemudaratan dalam satu masa secara serentak, penyelesaiannya adalah kemudaratan yang lebih berat seharusnya dihilangkan dengan dikerjakan kemudaratan yang lebih ringan.
´  Dalam keadaan lain, kaedah ini bermaksud sekiranya terdapat dua kemudaratan, atau apabila bertentangan antara dua kemudaratan, hendaklah diperhatikan mana yang lebih besar bahaya.
´  Iaitu dengan dilaksanakan yang lebih kecil bahayanya dan dihindarkan yang lebih besar kemudaratannya.


Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :
 
´  Adanya hukum hudud untuk membendung kemudaratan yang lebih besar.
´  Membedah perut wanita yang mati dalam keadaan mengandung, jika dengan cara itu bayi dalam kandungannya itu dapat diselamatkan.
´  Seseorang boleh mendiamkan diri dan mencegah di dalam hati sahaja sebarang kemungkaran yang berlaku, sekiranya jika ditegah secara terang-terang bimbang akan membahayakannya.
´  Seseorang yang tiada pakaian menutup aurat untuk sembahyang, boleh sembahyang dengan pakaian sekadar yang termampu.








Pecahan 3

درء المفاسد مقدّم على جلب المصالح
“Menolak kerosakan didahulukan daripada mengambil kemaslahatan”

´  Kaedah ini memberi maksud, apabila bertembung antara perkara yang membawa kemaslahatan dan perkara yang membawa kepada kemudaratan, pelaksanaannya hendaklah diarahkan kepada mencegah kemudaratan.
´  Oleh itu, usaha mencegah kerosakan lebih diutamakan daripada usaha untuk mendapat kebaikan yang sedikit.
´  Hal ini kerana dibimbangi kerosakan tersebut akan merebak hinggalah menyebabkan lahirnya kemudaratan yang lebih besar.
´  Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang arak dan judi.  Katakanlah : Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.



Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :

´  Menghapuskan iklan rokok untuk mencegah tabiat merokok yang lebih besar bahayanya adalah lebih baik daripada mendapat bayaran iklan yang sedikit.
´  Berbohong asalnya diharamkan, namun ia diharuskan jika untuk membawa kemaslahatan seperti mendamaikan dua pihak yang bertelagah.
´  Menyedut air ke dalam hidung sunat pada asalnya, namun bagi orang yang berpuasa adalah makruh kerana dibimbangi akan terbatal puasanya.





Pecahan 4


يتحمل الضرر الخاص لدفع الضرر العام
“Ditanggung kemudaratan berbentuk khas untuk menolak kemudaratan berbentuk am”


´  Kaedah ini ditinjau dari sudut keumuman pengkhususan kemudaratan dan bahaya.
´  Berdasarkan kaedah ini, sesuatu masalah terpaksa dihadapi dengan mendatangkan sesuatu kemudaratan yang mana pada waktu itu hendaklah ditempuhi kemudaratan khusus bagi menghindarkan kemudaratan yang lebih umum.
´  Hal ini kerana bahaya kemudaratan yang berbentuk khusus adalah kurang jika di bandingkan dengan kemudaratan yang berbentuk umum.



Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :

 
´  Ditegah doktor yang gila untuk mengubati pesakit dan hendaklah diletakkan di bawah kawalan dan penjagaan rapi.
´  Harus menahan golongan-golongan tertentu yang terlibat dalam menyebarkan fitnah dan ajaran sesat.
´  Harus menegah petani daripada menanam tanaman yang mempunyai unsur-unsur ganja dan candu serta yang boleh dijadikan bahan penyalahgunaan dadah, untuk memebendung bahaya dalam masyarakat.







Pecahan 5


الضرر يدفع بقدر الامكان
“Kemudaratan dibendung semungkin yang dapat”


´  Kaedah ini berasal daripada kaedah Usuliyyah yang berkaitan dengan skop kewajipan mencegah kemudaratan dan bahaya yang mana jika kemudaratan itu dapat dibendung seluruhnya, maka itulah yang terbaik.
´  Namun, jika tidak termampu untuk berbuat demikian, maka lakukanlah sekadar yang termampu.
´  Hal ini kerana taklif syarak itu dikenakan terhadap mukallaf adalah menurut kadar kemampuannya.
´  Untuk itu, usaha untuk menyekat segala kemudaratan tersebut supaya tidak berlaku hendaklah diusahakan.



Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :

´  Usaha Abu Bakar al-Siddiq untuk mengumpul dan membukukan al-Quran supaya ia tidak hilang.
´  Umar al-Khattab mengambil tindakan membakar kedai arak agar tidak timbul masalah yang lebih besar.
´  Sekiranya mungkin dapat dicegah haiwan yang memekik atau berteriak dengan menggunakan suara atau sergahan, maka tidak perlulah menghindarkannya dengan tangan mahupun kayu.






Pecahan 6

الضرر لا يكون قديما
“Kemudaratan yang terjadi tidak boleh dianggap telah lama terjadi”


´  Syariat Islam tidak membezakan sedikit pun antara kemudaratan yang lama dengan yang baru sahaja berlaku, bahkan semuanya wajib di cegah dan dihilangkan.
´  Justeru itulah kaedah ini merupakan kaedah pelengkap kepada kaedah asas yang sebelum ini.
´  Selain itu, walaupun syariat memaafkan dan memberi kelonggaran terhadap berkekalan atau lama itu tidak ada sebarang kemudaratan padanya.
´  Sebaliknya, jika terdapat padanya kemudaratan, walaupun ia telah lama berlaku, tetap wajib dihapuskan dan tidak ada beza dengan kemudaratan yang baru berlaku.




Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :


´  Diharuskan melarang doktor yang berpenyakit sawan daripada merawat pesakit, walaupun doktor tersebut telah mempunyai pengalaman yang lama dalam merawat pesakit.
´  Kiranya saluran longkang rumah seseorang itu mengalir di jalan umum dan mengganggu rang ramai, maka ia hendaklah dihapuskan walaupun telah lama berlaku.




Penutup dan kesimpulan

          Kesimpulan yang kami peroleh daripada tugasan dibei ialah kaedah fiqh lima sememangnya mempunyai peranan besar dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh manusia dalam pelbagai isu yang timbul dalam masyarakat dalam apa bidang sekalipun  Qawa’id fiqhiyyah(kaedah fiqh) ialah suatu kaedah dalam undang-undang Islam yang disusun oleh para ulama’ untuk menjadi asas untuk memahami dan mengembangkan fiqh Islam tentang kaedah-kaedah hukum. Kalau tidak wujud kaedah ini, maka hukum-hukum fiqh akan merupakan hukum-hukum furu’ yang terpisah-pisah dan kadang-kadang pada zahirnya boleh menimbulkan pertentangan antara satu sama lain tanpa dasar-dasar yang dipegang dalam pemikiran, yang menerangkan alasan-alasan konkrit, yang menentukan arah perundangan.
Walaubagaimanapun, kaedah fiqh tidak merangkumi semua masalah, dalam situasi tertentu kaedah fiqh ini tidak sesuai dipakai. Justeru itu, para ulama’ mentakrifkan kaedah fiqh ini sebagai kaedah yang bersifat majoriti atauaglabiyyah. Atas dasar itulah, para fuqaha’ tidak mengharuskan para hakim ketika membuat penghakiman bergantung atau berpegang sepenuhnya kepada kaedah-kaedah yang dinyatakan tanpa merujuk kepada nas lain yang bersifat khas atau ‘am yang mencakupi kes itu, ini kerana kaedah fiqh ini walaubagaimana bernilai dan diambil pakai dalam perlaksanaan hukum sekalipun, ia tetap mempunyai masalah-masalah yang dikecualikan.
Dalam erti kata lain, kaedah fiqh ini mestilah disokong dengan nas-nas lain bagi menentukan sesuatu perkara itu, sama ada ia dibolehkan atau tidak. Sungguhpun kaedah fiqh ini sifatnya tidak menyeluruh, namun ia tidak bererti akan mengurangkan nilai ilmiyahnya. Ini kerana terdapat di dalam kaedah-kaedah itu suatu gambaran-gambaran yang menarik berkaitan prinsip-prinsip fiqh yang umum yang membuka landasan-landasan prinsip itu daripada segi teorinya,
Bahkan, kaedah fiqh ini memantapkan hukum-hukum cabang yang amali dengan beberapa kaedah yang menjelaskan illah atau sebab hukum pada setiap kelompok hukum furu’ ini. Kaedah ini juga mengumpulkan hukum-hukum cabang di bawah satu kaedah walaupun berlainan tajuk dan babnya.
Sebagai kesimpulan, terdapat sebuah nukilkan perkataan Syaikh Abdur Rahman As Sa’di : “seluruh syariat Islam ini lurus dan mudah; lurus dalam masalah tauhid yang dibangun atas dasar beribadah hanya kepada Allah saja yang tiada sekutu bagi-Nya, serta mudah dalam hal hukum dan amal perbuatan.” (Al Qowa’id wal Ushul Jami’ah)






Monday, 22 February 2016

Kemudharatan Dihilangkan

KAEDAH KETIGA            : KEMUDHARATAN DIHILANGKAN
الضــرر يـزال ) )

Maksud Kaedah    :Kemudharatan hendaklah dihilangkan atau dihindarkan
      Sesuatu perkara yg boleh mendatangkan bahaya atau kemudharatan mestilah dihapuskan.
      Perkara yang mendatangkan bahaya itu mestilah dihilangkan
      Sesuatu yang membawa kemudharatan tidak boleh dihilangkan dengan kemudharatan
Contoh: Pembeli boleh mengembalikan semula barang yang dibeli kepada penjual kerana terdapat kecacatan

3.2      : Sumber Kaedah
Hadis Nabi S.A.W:                  لأ ضــرر ولأ ضــرار ))

3.3      : Kaedah Terbitan
1.         Dharurat Mengharuskan Yang Dilarang/ditegah    الضـرورات تبيــح المحــظورات ))

Maksudnya:
      Sesuatu perkara yang dilarang oleh syara’ boleh bertukar menjadi harus ketika dharurat.
      Keharusan yang diberikan kerana dharurat adalah dinamakan rukhsah
      Rukhsah akan hilang apabila hilangnya dharurat tersebut (kembali kepada hukum asal)

Contoh:
  1. Diharuskan melafazkan kalimah kufur kerana paksaan disamping hatinya kekal beriman
  2. Harus makan bangkai dan arak ketika dharurat
  3. Harus menggali kubur untuk mengeluarkan mayat yang dikebumikan tanpa dimandi dan dikafankan
  4. Harus melihat aurat kerana dharurat ketika keperluan perubatan
  5. Harus memandang wanita untuk tujuan dipinang, mengajar, muamalat dan perubatan

2.         Sesuatu Yang Diharuskan Ketika Dharurat Adalah Mengikut Kadarnya
 الضــرورة تقـدر بقــدرهـــا)                                                          )

  1. Keharusan melakukan perkara dilarang ketika dharurat adalah bertujuan menolak mudharat pada waktu itu sahaja
  2. Keharusan kerana dharurat samada dibuat atau tidak adalah sekadar yang boleh menolak kemudharatan sahaja.
  3. Keharusan tersebut tidak boleh melebihi had keharusannya

Contoh

  1. Keharusan seorang doktor melihat aurat wanita dibataskan pada tempat yang sakit sahaja.
  2. Wanita tidak harus mendapatkan rawatan dari doktor lelaki sekiranya ada doktor wanita yang boleh merawatnya.
  3. Seorang yang diminta pendapatnya tentang peribadi seseorang yang dipinang memadai dengan sekadar sindiran sahaja.
  4. Seorang gila hanya boleh dikahwinkan dengan seorang isteri sahaja (Sekadar memenuhi tuntutannya)


3.         Kemudharatan Tidak Boleh Dihilangkan Dengan Kemudharatan Lain
 الضــرر لأ يـزال بالضـــرر)                                                   )
      Kemudharatan boleh dihilangkan dengan kemudharatan yang lebih ringan
      Tidak boleh hilangkan kemudharatan dengan membawa kemudharatan yang sama atau yang lebih memudharatkan.
      Kemudharatan yang sama atau lebih berat adalah kemudharatan yang baru diwujudkan
Contoh:
  1. Nafkah tidak diwajibkan keatas keluarga yang fakir untuk keluarga yang fakir juga, kerana menolak kemudharatan si fakir yang pertama akan menimbulkan kemudharan yang sama dengan keluarganya.
  2. Seseorang yang dipaksa membunuh orang lain, tidak halal baginya melakukan paksaan tersebut, kerana pembunuhan itu akan menimbulkan kemudharan yang sama atau lebih besar darinya.

4.         Menolak Kerosakan Lebih Didahulukan Dari Mengambil Kebaikan
 درء المـفــاســد مقـدم عـلــي جـلب المـصــالح)                                     )
      Apabila bertembung keburukan dengan kebaikan,hendaklah didahulukan menolak keburukan, kerana penekanan syara’ terhadap  perkara larangan adalah melebihi daripada perkara yang diperintahkanNya
Contoh;
  1. Berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu’ adalah SUNAT, tetapi MAKRUH bagi orang yang berpuasa, kerana menjaga kesohihan puasa adalah lebih diutamakan daripadd mafsadah berkumur ketika berwudhu’
  2. Harus berdusta, apabila ianya mendatangkan kebaikan, seperti berdusta bertujuan untuk mendamaikan 2 orang yang berkelahi/ berdusta dengan isteri bertujuan untuk mendamaikannya.
  3. Menyelati rambut dan bulu dengan jari ketika berwudhu’ tetapi makruh ketika dalam Ihram untuk menjaga maslahat daripada dikenakan dam

5.         Hajat/Keperluan Menepati Seperti Dharurat (الحــاجــة تنــزل منـزلــة الضــرورة )        
Kemudahan /keringanan syarak yang dikecualikan tidaklah hanya terbatas dalam keadaan dharurat yang mendesak sahaja, SEDANGKAN hajat atau keperluan yang kurang martabatnya dari dharurat juga membolehkan mengambil kemudahan yang dikecualikan itu.
Contoh:
  1. Diharuskan akad jualbeli seperti salam, istisna’ dan ijarah kerana terdapat nas syara’ yang mengharuskannya sebagai pengecualian dari kaedah umum
  2. Harus diterjemahkan al-Quran ke dalam mana2 bahasa bukan arab kerana keperluan manusia mengetahui hukum Islam yang universal, kerana tidak semua orang boleh menguasai bahasa arab
Uruf boleh dijadikan sumber hukum , kerana uruf manusia selari dengan kepentingan / hajat mereka selagi tidak bertentang dengan syara